Saturday, 22 February 2014

Amanah..

Dulu2 selalu nyanyi nasyid "Merancang Kerja" oleh Nowseeheart..

# MERANCANG KERJA

Rancang Dengan Apa Yang Ada Di Tangan
Bukan Yang Kita Angan-Angankan
Kita Membina Cita Dan Harapan
Bukan Mimpi Dan Igauan

Perancangan Perlu Diperhati
Agar Tertib Rapi Dan Teliti
Matlamat Dan Caranya Selari
Masa Pun Harus Diambil Kira

Puncak Mana Yang Mahu Didaki
Lurah Mana Yang Mahu Dituruni
Semuanya Telah Pun Terbukti
Pasti Rancangan Akan Berjaya

Tenaga dan Kemampuan Diperhitungkan
Berjuanglah Dalam Satu Barisan
Umpama Batu Teratur Menjulang Ke Awan
Itulah Tunggak Dalam Merancang

Itu pendekatan fasa kedua.. selepas Allah jentik kesedaran dalam diri U selepas berbuat khilaf lagi pada yang wajib ditaati.. siapa lagi kalau bukan J, suami.. semalam berbincang dengan lebih rasional apa patut U buat semasa melaksanakan amanah J.. sepanjang ketiadaan J kerana trip ke Shanghai - Guangzhou - 1 lagi daerah lupa namanya - KL - JB.. semuanya kerana tuntutan tugas...

Apa yang pasti U perlu merancang "advance" sehari untuk pastikan keperluan A1 Z2 tidak tertinggal, keciciran, kurang atau apa sahaja yang boleh menjejas mood mereka ke sekolah.. 

Ya Allah.. hanya pada Mu tempat kami memohon.. permudahkanlah urusan kami.. semoga AZ kesemuanya "behave" dan mengikut arahan dan melaksanakan "homework" dengan baik tanpa menyusahkan orang di sekeliling kami.. Rabbi Yassir Wa La Tuassir.. 




Saturday, 18 January 2014

A lesson

16 Januari 2014

Memulakan hari dengan pujian pasti memberi sinar kebahagiaan pada seseorang.. tapi selayaknya pujian cantik itu dipulangkan pada yang Jamil.. yang memiliki segala kesempurnaan.. Alhamdulillah.. hanya dengan izinNya imej cantik terbentuk di mata seseorang sehingga U terlihat cantik di mata J.. mungkin kerana merahnya tudung atau kerana dagu yang cantik berlapik dan bertutup, maka J merakamkan pujian itu.. Misi seterusnya : mentaati suami, mencari redha Ilahi...

Hadiah hari lahir selamat disarungkan ke kaki J.. in advance.. walau lagi 2 minggu tarikh bermakna itu.. J request sesuatu berkenaan hobinya, tapi U menolak sambil menerangkan kini rajuknya berpunca dari hobi yang satu itu.. alhamdulillah.. J ambil maklum dan akan ubah jadual bagi menyesuaikan hobi tersebut dengan famili.. U hanya letak 2 syarat.. tiada hobi di hari Sabtu dan cuti umum, kerana kini mereka bakal menghabiskan cuti mingguan berbeza antara Jumaat Sabtu dan Sabtu Ahad.. J berjanji, pulang dari Jakarta untuk berbincang lanjut tentang ini dengan U.. Tanpa sedar dek kerana terlalu suka dengan penerimaan J tentang rajuknya,  U lupa balik awal hari itu bagi membolehkan J ke masjid waktu maghrib.. U hanya tersedar bila pesanan ringkas di telefon dari J menyebut "malas saya nak luahkan rasa hati saya pula"..

Baru U sedar.. dia belum jadi yang terbaik.. jauh lagi sempurna.. banyak kekurangan lagi sehingga dia sepatutnya tidak layak meletak syarat untuk J.. Dia sendiri sering pulang lewat kerana tuntutan tugas.. Maghrib baru menjejakkan kaki ke pintu rumah.. Memohon maaf adalah langkah pertama.. langkah kedua, mengubah jadual hidup agar lebih mengutamakan famili.. langkah ketiga, menjadi yang terbaik sebelum meminta dari J. Langkah seterusnya, merancang dan bertindak selayaknya agar karier boleh dikorbankan bagi mengutamakan keluarga...

Ya Allah, daku merancang namun perancangan Mu adalah yang terbaik.. bantulah daku Ya Allah agar keluarga yang Kau amanahkan padaKu dapat ku jaga sebaiknya agar kami dapat terus bersama sehingga ke jannah.. Amin ya Rabbal Alamin..

testing..

Salam..

Trimas to my dear sister cum bff.. even with only giving the first step.. now I have a space to share my thoughts..