16 Januari 2014
Memulakan hari dengan pujian pasti memberi sinar kebahagiaan pada seseorang.. tapi selayaknya pujian cantik itu dipulangkan pada yang Jamil.. yang memiliki segala kesempurnaan.. Alhamdulillah.. hanya dengan izinNya imej cantik terbentuk di mata seseorang sehingga U terlihat cantik di mata J.. mungkin kerana merahnya tudung atau kerana dagu yang cantik berlapik dan bertutup, maka J merakamkan pujian itu.. Misi seterusnya : mentaati suami, mencari redha Ilahi...
Hadiah hari lahir selamat disarungkan ke kaki J.. in advance.. walau lagi 2 minggu tarikh bermakna itu.. J request sesuatu berkenaan hobinya, tapi U menolak sambil menerangkan kini rajuknya berpunca dari hobi yang satu itu.. alhamdulillah.. J ambil maklum dan akan ubah jadual bagi menyesuaikan hobi tersebut dengan famili.. U hanya letak 2 syarat.. tiada hobi di hari Sabtu dan cuti umum, kerana kini mereka bakal menghabiskan cuti mingguan berbeza antara Jumaat Sabtu dan Sabtu Ahad.. J berjanji, pulang dari Jakarta untuk berbincang lanjut tentang ini dengan U.. Tanpa sedar dek kerana terlalu suka dengan penerimaan J tentang rajuknya, U lupa balik awal hari itu bagi membolehkan J ke masjid waktu maghrib.. U hanya tersedar bila pesanan ringkas di telefon dari J menyebut "malas saya nak luahkan rasa hati saya pula"..
Baru U sedar.. dia belum jadi yang terbaik.. jauh lagi sempurna.. banyak kekurangan lagi sehingga dia sepatutnya tidak layak meletak syarat untuk J.. Dia sendiri sering pulang lewat kerana tuntutan tugas.. Maghrib baru menjejakkan kaki ke pintu rumah.. Memohon maaf adalah langkah pertama.. langkah kedua, mengubah jadual hidup agar lebih mengutamakan famili.. langkah ketiga, menjadi yang terbaik sebelum meminta dari J. Langkah seterusnya, merancang dan bertindak selayaknya agar karier boleh dikorbankan bagi mengutamakan keluarga...
Ya Allah, daku merancang namun perancangan Mu adalah yang terbaik.. bantulah daku Ya Allah agar keluarga yang Kau amanahkan padaKu dapat ku jaga sebaiknya agar kami dapat terus bersama sehingga ke jannah.. Amin ya Rabbal Alamin..